Pengenalan

Pertubuhan ini dikenali dahulunya dengan nama Persatuan Pemborong-Pemborong Binaan Bumiputera Malaysia. Ditubuhkan pada 11hb Mac 1975 dibawah nombor pendaftaran 1596 (Selangor). Pada 25hb Julai 1995, persatuan ini ditukar nama kepada nama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dengan nama ringkasannya PKMM.

Keahlian PKMM pada masa dahulu hanyalah sekitar 1,000 ahli sahaja dan telah meningkat kepada 20,000 ahli seluruh Malaysia. Ahli-ahli terdiri daripada kontraktor-kontraktor Melayu yang memiliki syarikat 100% Melayu/Bumiputera yang berdaftar dengan pihak CIDB dari kelas G1 sehingga G7. Penyatuan kontraktor-kontraktor Melayu ini dibawah PKMM menyelaraskan segala kepentingan dan kebajikan kontraktor Melayu serta memastikan kontraktor Melayu tidak ketinggalan dalam arus industri Pembangunan Negara.

Objektif

Untuk mewujudkan dan membangunkan satu masyarakat Melayu ke arah menjadikan warga kontraktor yang berdaya maju, berinovasi, kreatif dan tahan daya saing untuk mendokong cita-cita Negara, disamping menyumbang kepada kekukuhan ekonomi bangsa Melayu diseluruh Negara.

Close Menu